Sunday, April 26, 2009

KENALI SESEORANG MELALUI ....

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

WANITA? TULANG RUSUK?

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan). Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah. Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’. Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan. Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam. Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.” Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Wednesday, April 22, 2009

MAAFKAN AKU...

Teman,
sebuah salam ku smpaikn pda mu,
kala memori lalu menyebabkn diri mu tetap bertahta di hati ku,
sebuah ukhuwah yg terbina itu ketentuan Allah,
sebuah perkenalan juga dari ketentuaNya,
lidah ku ini kadangkala berbisa buatmu sakit,
kadang2 mulut terlepas kata buat dirimu terasa,
tapi teman aku bukan niat menyiksa hatimu,
dirimu terlalu istimewa buatku,
ku tahu kata2 ku juga sikap ku buat dirimu terasa,
aku ini manusia,aku ni punya dosa,
aku juga bukannya sempurna,
aku mengerti posisi aku sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan,
berilah masa juga keadaan untuk aku membina diri,
untuk aku membaiki kesilapan,
aku lebih rela dibencimu dari mendapat pujian dari mu,
semoga perkenalan juga ukhuwah ini berterusan,
tetapi seandainya ia putus ditengah jalan..
akukan berpegang dengan kata2 Allah dalam surah al Baqarah..
walau apapun yang akan terjadi akan ku angkat 2 tangan ini
untuk mendoakan segala yg terbaik dari Allah buatmu..
moga dirimu teman kan mendapat mutiara yg indah..
yang membahagiakanmu hingga ke akhirnya..
maafkan diriku sendainya melukaimu..

Wednesday, April 15, 2009

TEMANKU

RASULULLAH S.A.W PERNAH BERTANYA KEPADA IBLIS LAKNATULLAH "HAI IBLIS SIAPAKAH DARI KALANGAN UMATKU YG SERUPA DGAN PERIBADI ENGKAU?" IBLIS MENJAWAB"ORANG SAMA PERIBADINYA DGANKU IALAH ORANG YG SUKA MEMANDANG RINGAN TIAP SYARIAT YG DISAMPAIKAN OLEH MU&MEMBENCI KPD ORANG YG MEMPELAJARI SYARIAT AGAMA ISLAM SERTA MEMBENCI ORANG YG MENASIHATI KEARAH SYARIATMU,INI LAH DIANTARA SIFATNYA>>"
HAYATILAH&AMATILAH DIALOG NABI S.A.W DGN IBLIS LAKNATULLAH INI AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALNGAN UMAT NABI YG MEMPUNYAI SIFAT PERIBADI SEPERTI IBLIS LAKNATULLAH>>>>>NAUZUBILLAHU MIN ZALIK!!!!

PESANAN SAIDINA ALI R.A.

SAIDINA ALI R.A. PERNAH BERPESAN;"WAHAI MANUSIA,JAGALAH WASIATKU INI.JIKA KAMU MEMEGANGNYA ERAT2 DENGAN SEGALA KESIAPAN SEHINGGA KAMU DAPAT MELAKSANAKANNYA,KAMU TIDAK AKAN DAPAT KEUNTUNGAN YG LEBIH BESAR DARINYA.....
WASIAT ITU ADALAH:-


1)HENDAKLAH KAMU TIDAK BERHARAP KECUALI KEPADA ALLAH S.W.T
2)HENDAKLAH KAMU TIDAK TAKUT(MELAKUKAN SESUATU)KECUALI KEPADA DOSA-DOSA.
3)HENDAKLAH KAMU TIDAK MALU UNTUK BELAJAR,JIKA TIDAK MENGETAHUI AKAN SESUATU.
4)HENDAKLAH ORG YANG ADE ILMU(ALIM)BERKATA"AKU TIDAK TAHU"APABILA IA TIDAK TAHU
(BUKAN BERPURA2 TAHU)

RENUNGKANLAH BERSAMA>>>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...