Sunday, December 12, 2010

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan

Mari kita mari kita bergembira.. Tepuk tangan sama2... Haha.. Awal tak suda tak betul.. Kwang3x... Jom kawan2... Kita tengok betul tak betul rahsia kasih sayang berdasarkan bulan... Hohohoho... Saje jek kongsi2 kat blog nih.. Dh lame dalam folder laptop ni ha... =) 




Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.



Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12



Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.



April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.



Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11



Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Kurang yakin dalam perhubungan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.



Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7



Ogos
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaan di ragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.



September
- Bersopan dalam hubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11



Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.



November
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai perhubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7



Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.


P/s: Di ambil ketika aku join kursus... Huhuhu

Saturday, December 11, 2010

Kenanganku

Selamat malam... :) Huhuhu... Kali nih nak update blog bab2 kenangan lak.. Hehe... Kalo sebut pasal kenangan, macam2 kenangan yang ade... Pahit, manis, masam, masin, tawar.. Hahaha =p Kenangan pahit, masin, tawar dan masam tu x yah la nk dicitekan... Huhu... Maybe lain entri kot... Hihi... So, nak cite pasal salah satu kenangan manis aku... Hohoho... Bukan ape, bile geledah2 laptop nih, tengok jek gambo, tibe2 kenangan dulu menjelma... Huhuhu... Rindu... Kalo lah dapat diundurkan masa sekalipun, pastinye kenangan tetap di ingatan... 

-Time aku jadi Biro Tugas2 Khas Minggu Taaruf di KUIS-
Petang tadi punye pasal la nih... Hehehe... Duk mencari gambo2 masa duk mendaki Gunung Ledang [2007] tup2 terbukak plak folder pic nih... =) Huhuhu.. dah lame x jumpe kawan2 dulu... Bukan x nak jumpe or luangkan masa, tapi masing2 bz dengan komitmen masing2... Sekarang ade yang dah kawin dan bakal kahwin... Moga masjid yang di bine tu berkekalan selamanya dan pada yang bakal kahwin, moge hubungan korang bersambung di jinjang pelamin...

Haha...Tengok pada gmbo tu, aku pun xtau bile lagi aku akan berpenampilan macam tu lagi... Huhuhu... Teringin nak macam tu... Bukan aku x nak berpenampilan macam tu, tapi maybe disebabkan bidang dan tempay aku belajar sekarang nih yang membataskan aku macam tu... Huhuhu... =( Kalian doakanlah aku agar satu hari nanti aku akan berpenampilan macam tu.. =)

p/s: abadikan segala kenangan selamanya...

Friday, December 10, 2010

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

· Memicit atau memegang hidung
-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

· Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

· Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

· Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

· Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati

· Memintal hujung rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

· Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan


· Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

· Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

· Memutar cincin
sangat menepati janji
berhati2 dalam tutur kata
gemar hidup yang teratur

p/s: mane2 yang x elok tu, ubah2 la ye... hehehehe :)

Thursday, December 9, 2010

Ada Apa Dengan Lelaki?



Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.


p/s: mane 1 lelaki pilihan anda? haha =p 
    : tuk lelaki, jangan nak pasan lebih jek... huhu
    : some1 ku mane 1 anda ye? hehe :D

Riang gumbira

Akhirnya satu penantian sudah pun berakhir... Syukur Alhamdulillah... Gembira yang amat... Lega rasenya... Fuhh.. Terima kasih atas doa kalian... Love u all... Ape yang kita dapat setimpal dengan usaha yang dicurahkan selama nih.. Alhamdulillah, ianya menggembirakan hati keluargaku dan yang terdekat denganku...  Terima kasih juga tuk sokongan dan dorongan kepadaku,,, Sesungguhnya hanya Allah saja yang mampu membalas segala jasa dan semua kebaikan kalian...

Buat keluargaku, Mami & abah, engkaulah segala2nya... Pengorbanan mami dan abah teramatlah beso dalam mendidik anakmu ini,,, Tanpamu siapalah aku... Huhuhu...

Buat cymku, terima kasih tuk segala2nya... Nasihat, dorongan, kata2 semangat dan semuanya... Hargai sangat2... Xiexie ni =)

Buat rakan seperjuanganku, teruskan berjuang selagi belum selesai... & jangan sesekali kita menyerah kalah kerana di sebalik itu terselit sebuah kejayaan...

Semoga impianku tercapai... Amin... =)

Amik kesempatan lagi... Lalallalaa... :D

Selamat pagi... =) Hehe.. Mulakan hari anda dengan senyuman dan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sebelum memulakan sesuatu kerja... Ape ye nak di buat hari nih... Hmmm... Sejak 2 3 hari nih rajin plak aku duk layan blog nih... Hahaha... Bukan ape, sementara ade kesempatan dan time free2 nih la patutnye amik kesempatan... Nanti dah busy, xde masa plak nak layan blog... Tah2 mengadap laptop pun dah xmo... Kui3... By the way, sihat ke hari nih?

Bila tanya kabo nih, teringat plak kat boss yang x bape sihat semalam... Tup2 hari nih mc plak... Huhuhu... Kesian boss... Hope cepat sihat dan datang keje sebab kalo boss xde aku xleh nak buat keje... Lagipun lagi beberapa hari jek lagi aku berkhidmat d JI&M nih... Pastu cabut dan join PMDS plak... Tamak kan.. 2 2 nak.. Haha.. Huhuhu.. Cam sedih pun ade gak... [betul sedih ke..kwang3x =p] Sebab keje sinih walaupun banyak, tetapi xde la berat sangat.. Boss dan semua staff pun ok.. Baik... Macam adeq-badeq la plak... Hihihi... Tapi xpelah... Aku lama lagi kowt kat UiTM nih... uhue... Lagi 2 tahun baru abis blaja... InsyaAllah... Mudah2an dipermudahkan segala urusan... =) Mudah2an lepas abis blaja terus dapat keje... Amin... =)

Tapi kan, tengah duk syok tunjuk fail2 kat boss, tibe boss tanya semalam bukak sem baru nanti masuk part bape... Aku pun jawab jek la masuk part 3... Pastu boss cakap nanti cuti sem datang la sini (skp JI&M) Haha... Aku pun pe lagi, cakap OK! [nada time tu x bleh blah... haha... suke & happy kowt nanti boleh la ke sini lagi :D ] Hohoho... Bile bekerja dengan boss yang sporting, staf yang ok, best jek rase.. Sikit pun x tekanan kan... Tapi x semua bernasib baik macam tu kan... Huhuhu... Ape2pun kena lah banyak2kan bersabar... Realiti pekerjaan x seindah yang disangkakan...

Wednesday, December 8, 2010

Coretan curi2 masa di opis... Ngeh3 =p

Salam tengahari semua... Hahaha... Sebenarnya dari tadi aku duk carik peluang tuk updatekan blog nih tau... Tapi disesbabkan boss aku nih macam chipsmore, kejap ade kejap xde, so sementara boss ade, baiklah aku setelkan dia punye fail2 dan dokumen dulu kan... Nih lunch hour, & boss pun dah kua p klinik td sebab dia x sihat, so free la aku sepanjang petang nih... Lagipun keje nih bukannya susah sangat pun sebenarnya. Tapi semua fail2 dan dokumen tu nak kena rujuk pada dia... Hehehe... Aku nih bukan keje sangat pun sebenarnya... Sekadar mencari pengalaman & untuk penuhkan aku nye buku & aktiviti Kemahiran Insaniah jek pun... Heeee :) Bukan ape, bermula batch aku wujudnya Kemahiran Insaniah nih... Haiya... Aku pun xtau pe kebaikannye... Yela... Sume nak kna aktif...Aku nih xde lah aktif sangat pun... Tapi kena aktif jugak la tuk konvo nanti... Sekarang part 2... Naik sem baru, aku dah part 3... Huhuhu... Xtau la mcm mane nanti... Orang cakap, senior2 pun cakap part 3 susah... Hmm... Pada aku susah jugak lah.. Sebab part 3 lah jam kredit palaing banyak... 28 jam kredit U... Hihihi... Ape2 pun, x patut kan mengalah sebelum mencuba... =) Kata orang belum cuba belum tahu... Betul x... Tapi bila dah cuba tu, jangan lah pulak duk senang menyerah... Berpantang maut sebelum ajal kata... Ngeh3...

Sebut pasal Kemahiran Insaniah nih, sebelum cuti sem aku dan member sorang nih ade la mohon Pembantu Minggu Destini Siswa (PMDS). Kirenye ktorang mula2 apply PMDS tu la... Pastu time p fakulti nak tengok carrymark subjek2, skali ktorg ternampaklah satu iklan mengatakan yang unit JI&M nih nak pakai SKP (Skim Perkhidmatan Pelajar)... Hehehe... Ktorg pun pe lagi, tanpa persediaan ape2pun teruslah menyerbu ke unit JI&M di aras 5, bangunan canseleri (tempat aku keje sekarang). Nak dijadikan cite, boss cakap 1st come 1st serve sebab tengah2 ktorg dalam bilik boss, datang la satu geng (4 org) tuk mohon SKP JI&M jugak... Nak pakai 3 orang jek sebenarnya.. Jadi ktorg pun dapatlah berkhidmat di unit JI&M.. Yang bestnye berada di JI&M nih kan, selalu gak staf blanje makan... Tapi bukan aku sorang la..Staf tu blanje tuk semua yang ade dalam JI&M nih (kang x pasal2 lak kang ade yang jeles sebab blanje aku sorang..heheh.)

Nak dikatakan murah rezeki, dalam duk berkhidmat sebagai SKP di JI&M nih, tup2 dapatlah offer PMDS tu... Hohoho... Agak gumbira jugak la sebab time part 1 duk apply PMDS tu x dpt.. Rezeki xde nak wat macam ne kan,, Tapi dalam duk gembira dapat PMDS tu, sebenarnya ade sedihnye gak.. Sb sepatutnye ktorg kna g Dungun, Terengganu sebagai urusetia kursus pemantapan tuk staf2 sokongan... Huhuhu... (Betul sedih ke?? hahaha :p) Xpelah... Yang penting, timba banyak pengalaman walaupun dalam tempoh yang singkat... Fuhhh... Nasib baik boss lepaskan... Tapi kan, sebelum mulut sendiri yang bagitahu boss tentang PMDS, staf lain dah bocorkan dulu tembelang aku tu... Mau nye x tergagap2 nak explain semuanye... Huhuhu... Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, boss ok.. & nanti ade yang gantikan ktorg sebagai urusetia selama di Terengganu tu... =) Hohoho... Time to bagi shredder makan lak... Hehe =) Banyak betul kertas2 yang nak kena hancurkan... (ni lah keje ak sebenarnya... duk kemaskini fail2 dalam almari bilik boss...skrg almari tu dah hampir kosong dah...)

p/s: Ape2pun, walaupun seketika, abadikan kenangan2 dan pengalaman2 yang ditimba... & jangan mudah berputus asa =)

Tuesday, December 7, 2010

Masa =p

Salam ukhuwah buat semua... Hehehe... Tibe2 malam nih rase mcm free plak tuk update blog nih... Dah lame x update blog nih... Ape nk cite ye... Hmm... Kadang blog nih berguna jugak kan walaupun x ramai yang tau ttg blog ak ni... X kisahla tu semua... Janji ak happy... Riang gumbira... :) Hmm... Masa pun berlalu dgn pantas... Mencemburui btl... Sekejap jek rase... Andai dapat diundurkan masa, konpem2 banyak bende yang kite nk perbetulkan kan... Ape yang penting, hargai hidup ini & hargai orang disekeliling kite sementara kita masih bernyawa dan orang yang tersayang di sisi kite...

Monday, December 6, 2010

Disebabkan bosan yang teramat...

Selamat petang semua... haha... disebabkan teramat bosan, bos pun xde, [sb ak keje sume kna rujuk pda bos, bile bos xde bosan la aku...] jadi aku pun amik kesempatan gak a tuk update blog nih lagi sementara aku rajin dan mood ok... haha... tp dalam mood ok pun, dilanda kerisauan yang tinggi jugak,,, huhuhu... yela, result sem dah nk kua... pe cer la dengan result ak kali nih... naik ke turun ke atau x berubah... adoi... bile pk, terus sakit kepala... takut pun ye gak... bukan ape... mana x takut dan risau kan, bila kita target sesuatu tapi x dapat, arghhhh kecewa nye rase... tp sebenarnya tu semua atas diri kita... btl x... kalo kita rajin, for sure kita akan dapat ape yang kita nak... ini x, tahu nak jek, usaha malas... aiya... mcm aku gak la... hukhukhuk... target bukan main ag... skali........... hampeh... ish...
p/s: sambung lain kali...malas da nk taip..hikhikhik [padahal sakit kepala sb risaukan result ak...baru td aku bg id aku kat akk tu suh checkkan result...ngeeee...risau bertambah2...]







Wednesday, September 15, 2010

Coret2 kongsi

Assalamualaikum...

Waaaaaaah...Dah lama tak update blog ni.. Rindu plak rasenye..hehee... Buat semua, rasenye blom terlambat lg tuk saya ucapkan SALAM LEBARAN setelah sebulan kite berpuasa... :)
Apa khabar anda semua? Semoga ketika ini semuanya sihat2 blake... Macamne raya kali ini? ok? Harapnya menggamit 1001 memori la ye... :D

Alhamdulillah, saye pun tak kurangnye jugak... raye kali ini terselit juga kenangan... hehe.. ape tak nye kan, dikala orang lain sibuk mengemas umah, membersihkan umah, membuat biskut raya, tolong mak kat dapur, dan lain2 tapi saya sibuk mengadap pujaan hati sy iaitu MY LAPPY HP... kadang sampai pagi x tido... haha... x patutkan... Tapi nak buat macam ne kan, assignment ni kalo ikutkan malas jek nak buat.. maklumla raya plak tu... sape x nk beraya sakan..btol x?? huhu...tp nk buat mcmne kn, ni lah dia salah 1 dari 1001 cabaran yang kena tempuhi sbg seorg pelajar... huhu... kenangan raye 2010 la katakan... Beraya bersama assignment2... MR. FLASH & MR. PHOTOSHOP. Tu baru dua subjek, blom yang lain2 lagi...adoi...agak tekanan juga sem nih...huhu...

Bila duk pk, mak aaaaih sengsara btl rasenye.. Maunye x sakit kepala & diserang demam... Mane x nye kn...harapan yg menggunung dari mak ayah terletak pada kite... Mak ayah mane yg x nk anaknye berjaya,kn...btol x? huhu... Bila pk kan harapan dorg, seram sejuk plak rase... takut sangat andainya x dpt m'gembirakan hati mak ayah yang banyak berkorban selama nih...

Org cakap di awal sem, senang.... Senang nk skor pointer... Makin lama makin susah... Betullah, ape org ckpkn tu sb dah laluinye sblm nih... Syukur alhamdulillah, keputusan baik & dapat puaskan hati mak ayah. Tp tu da berlalu..Skrg da part 2... Cabarannye pun bole tahanlah... Agak mencabar... Skrg ni pun dapat rasakan dah makin lama makin susah... Tp akak cakap, yang x belajar jek yang cakap susah... senang pada yang belajar je... Btl gak kan ape dia cakapkan tu...hehehe :)

Stakat ni dulu la ye... malas nak taip.. :D:D:D insyaAllah jumpe di lain masa & waktu...

p/s: Jangan hampakan harapan mak ayah... Huhuhu...

Monday, September 13, 2010

Air Mata Se0rg Wanita....

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan air mata. Tetapi segagah gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah satu hari mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil ia itu CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang di anggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira. Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Munkin Tuhan mengiginkan kita bertemu dengan bercinta orang yang salah sebelum bertemu orang yang tepat. Kita harus berterima kasih atas kurniaan ini.

Perasaan cinta itu di mulai dari mata, sedangkan rasa suka di mulai dari telinga. Jika kita mahu berhenti dari menyukai seseorang cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba tutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal di hatimu dalam jangka waktu yang lama.Tuhan menciptakan 100 kasih sayang, yang disimpanNya hanya satu bahagian dan diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Terputus cinta itu memang menyedihkan. Harus di ingat bahwa perpisahan itu di tentukan oleh jarak dan waktu. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu saperti hujan - walau lebat atau lama pasti akan reda jua.Hati hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal mnjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi hamba, jika cinta itu disambut oleh Pencinta palsu!

Jangan kerana cinta kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersemai.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka saperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Tuhan memberi kita dua kaki untok berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi kepada sesaorang untuk kita mencarinya. Itulah nama nya Cinta! Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata: Aku turut bahagia untuk mu.

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan. Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta seterusnya adalah keperluan. Kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang di anugerahkan itu sebaik baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Ibararatkan kehilangan cinta itu saperti hilangnya cincin permata di lautan luas yang tidak bertepi. Ia harus di lupakan. Cintailah sesaorang itu dengan sederhana kerana munkin satu hari kamu akan membencinya dan benci lah sesaorang itu dengan sederhana kerana munkin satu hari kamu akan mencintainya

*sekadar renungan & peringatan bersama :)

Dicipta insan yang bergelar wanita sebagai pelengkap kepada rusuk lelaki



wanita ibarat epal...

epal yg x berkualiti amat mudah diperolehi krn ia berguguran ditanah tapi epal yg x mmpu dibeli berada dipuncak..susah dipetik, susah untk digapai... kekadang epal 2 rsau, kenapa diriku belum dipetik????? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah... sedangkan ia sebenar telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga x ada sesiapa yg berani memetiknya... hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja yg mmpu... mungkin bukan di dunia tp di akhirat... biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringi...



"Ya Allah, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

kepada kaum lelaki, sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

*sekadar perkongsian bersama*

Takdir & Waktu....

*diambil dri kawan kepada kawan untuk renungan bersama....


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis
· · Share

ImPiaN HamBa YaNg LemAh..

Ya Allah... .
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau

Ya Allah... .
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Ya Allah... .
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya
penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi- Mu

Ya Allah...
Bila seuatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Jodohkanlah kami
Satukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih
mendekati cinta-Mu
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah

Ya Allah... .
Pintaku yang terakhir adalah seandainye aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...