Wednesday, June 3, 2009

KERANA CINTA

cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan fitrah insani dan di mana terciptalah cinta di situ rindu bermula cinta itu tak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela rasa bahagia biar pun sengsara berkorban segala-gala semua kerana cinta yang pahit manis di rasa menghibur nestapa merawat duka damai di jiwa terpadamlah api benci permusuhan terjalinlah kasih sayang begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan dan jangan kita pula kerana bercinta kita pun leka dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama cinta yang sejati hanya cintakan illahi cinta ayah bonda tulus suci selamanya cintakan saudara hanya sementara serta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..

Friday, May 29, 2009

7 PERKARA YANG HAIRAN OLEH SAIDINA USMAN



1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya
p/s: sama2 la kita renungkan

Sunday, May 24, 2009

DOA MENGIKUT ADAB LEBIH MUSTAJAB

Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadith. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung antara hamba dan Khalik (Pencipta). Walaupun dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa.
Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa. Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya : “Minta doalah daripadaKu, Aku menerima doamu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60).
Doa bukan hanya ibadat. Malah otak ibadah sebagaimana yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari). Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak) Orang yang tidak ada otak adalah orang yang berkata-kata tanpa berfikir.
Dalam pada itu, doa dipandang sebagai otak ibadah kerana ia adalah simbol perhambaan kepada Allah. Nabi Muhammad saw walaupun dikelaskan sebagai manusia pilihan tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Baginda berdoa agar diri dan seluruh umatnya sentiasa mendapat taufik (petunjuk) dan hidayah daripada Allah.
Ketika berdoa, setiap muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. Dalam perkara ini, hari yang baik hendaklah dipilih ketika berdoa seperti hari Arafah, Jumaat, sepanjang Ramadhan, sahur dan tengah malam, Selain hari, waktu berdoa diambil kira ketika berdoa. Diantara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardhu, ketika dalam musafir (iaitu perjalanan yang menuju kepada kebaikan) dan diantara dua khutbah.
Umat Islam juga digesa supaya menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tapak tangan sehingga nampak ketiak (untuk lelaki) ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang itu menyapu dua tangan ke muka. Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa, ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, insaf, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
Meskipun keadaan dan waktu berdoa sudah dipatuhi, masih ada soa yang tidak dimakbulkan Allah. Ia berlaku apabila seseorang berdoa, tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat kepada Allah. Pengajaran daripada kisah Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi yang cukup untuk menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Ketika berada ditengah pasar Basrah, beliau disapa sekumpulan pemuda. Mereka bertanya kepada Ibrahim, mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah, pada hal selalu berdoa. Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta (mati) berpunca daripada 10 perkara. Iaitu :
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu
lupakan keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


Sehubungan dengan itu, umat islam perlulah sentiasa berdoa kepada Allah dengan mematuhi segala syarat ketika berdoa
p/s: sama2 la kita jadikannya ia sebagai amalan =)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"



p/s: Subhanallah. ..

TATATERTIB SEBELUM TIDUR

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak

2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.

4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.

6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.

7. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati,manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.

10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaiHiinnusyuur.Wallahualam

[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]

p/s: thanks to ...... =)


Friday, May 22, 2009

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA,,,

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu. .Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
.

DOA UNTUK ANAK

Info
Doa untuk anak
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Monday, May 18, 2009

KHAS UNTUK YANG BERGELAR TEMAN...

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah Taala!

Saturday, May 9, 2009

KEJE VS STADI

hem,,ape nk buat ek bile dlm keadaan mcmni,,,kite xtahu,,,xtahu,,,xtahu...hihihi...citenye mcmni la korg2 sume...benda nih da lama bermain d fikiranku,,,kite sebenonye pening la duk pk kn yg terbaik nih,,,takut gak tersilap langkah kan ha,,mau nye x meneyesal,,,kite skunk nih dalam dilema la,,,nk beti keje 0 x,,,yela,,,waktu submit notis sebulan, punye xcited nk beti keje n balik kg,,sampaikan kite nye bos yg tu ckp 'ko batalkan lah niat nk smbg blajo tu..keje jek'..haha,,kite waktu tu pekakkn telinga udah,,,mane x nye, bleh plak nye kata gitu,,,bos paling atas lak minta staff lain pujuk kite supaya x beti keje,,,padahal kitenye kije pun rasenye xde la ok sgt,,,hihi,,,sayang gak upe nye bos2 nk lepaskan kite,,huh..skunk nih bos minx conpomkan balik nk betikeje ke x,,,adoiyai......peningnye la...xtau la,,,xtau,,xtau,,xtau nk buat keputusan,,huhuhuhuhuhu,,,so, pendapat u ol sume mcmne???jgn ckp xtau jgk udah la yek,,hihihi

Friday, May 8, 2009

LAYAKKAH KITE???

kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya....
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya....
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya....
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya....
Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya....
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

AMALAN MULIA

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
>>> 1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>>> 2.alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
>>> 3.astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
>>> 4.insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
>>> 5.lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
>>> 6.innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
>>> 7.laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang>>>yang terpilih oleh Allah.

PESANAN BUAT SAHABATKU

sahabatku,
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah….
jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah pencipta…
jika ku lemah x berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga…
jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera….
jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah…
dan jika esok ku terlena tanpa terjaga,
iringlah lena ku dgn kalungan doa….
berjanjilah sahabatku,, ukhuwah kita untuk selamanya…..

SEJAUH MANAKAH WANITA MEMERLUKAN ...

Mengapa wanita memerlukan lelaki didalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk,tidak terlalu jelita, manisnya ada,santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat,dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yangb arangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya, Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis,yang merungut-rungut keranat anggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatang kansengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada-Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika andafikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jariu ntuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalan yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. Semoga kita semua diketemukan denganjodoh yang baik…

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia… Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa diri kita dikhianati apabila sahabat kita memungkiri janjinya. Kita tak pernah beri dia peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Kita hamburkan ayat-ayat pedas kita tanpa mengira perasaannya. Kita tolak ke tepi segala alasan yang diberikannya pada kita. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Oh…manusia mudah lupa…kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana janji kita yang tidak ditepati…kita beri dia beribu-ribu alasan, kita paksa dia menerima alasan kita…
Waktu itu, langsung tidak terfikir bagaimana perasaan dia. Kecewakah dia? Marahkah dia? Ah…yang penting, kita puas…kita terus lupa, yang dia juga seperti kita…punya perasaan…dia juga tahu erti kecewa tetapi kita sering terlupa!
Teman sekalian…
Untungnya andai punya sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita suka atau duka…
Dia mendengar segala keluh kesah kita. Kita luahkan segala suka dan duka kita pada dia…walau panjang sekali luahan atau cerita kita padanya, dia tetap terus setia menjadi pendengar yang prihatin…terus mendengar dan mendengar…
Selalunya kita leka bercerita tentang diri kita sampai kita lupa bahawa dia juga punya cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita menenangkan sahabat kita seperti mana dia menyabarkan kita? Ikhlaskah kita apabila mendengar cerita gembiranya seperti mana dia tekun mendengar kisah kita?
Mampukah kita menjadi inspirasi kepada dia seperti mana dia selalu meniupkan semangat kekuatan buat kita apabila kita berasa kecewa dan menyerah kalah?Mampukah kita??? Sesekali jadilah teman yang mendengar dari hanya bercerita… Ambillah masa untuk menyelami hati dan perasaan sahabat kita kerana dia juga seperti kita…insan biasa yang tak lepas dari rasa sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya… Dia juga ada kelemahan tersendiri yang kadang-kadang antara kita sedar atau tidak. Dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan untuknya melayari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka… Kita selalu melihat dia ketawa, terbayang-bayang wajah gembira dia…tapi sedarkah kita, mungkin di sebalik tawa-ria itu terselit satu kedukaan di hatinya? Mungkin juga dia tak setabah yang kita sangkakan? Siapa tahu…
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu… Tetapi, jika kita cubamenjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu… Teman… Indahnya andai punya sahabat seperti itu…tetapi, masih adakah seorang sahabat begitu? Yang setia tak kira suka atau duka…
Namun, teman…
Sahabat yang benar-benar sejati memang payah untuk dicari… Yang setia tika suka dan duka. Bergembira bersama dan berduka pun tetap bersama…bukan bila berduka, semua lari…bila suka, baru cari… Ruginya andai punya sahabat begitu… Jadi, Pilihlah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat… Pencarian tak semudah yang disangka. Mengambil masa yang lama andai kita inginkan yang sempurna…
Akhir kalam,
Muhasabah diri kita kembali. Layakkah kita bergelar sahabat? Dalam perjalanan yang masih belum selesai ini, saya juga bukanlah seorang sahabat yang sempurna… Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan saya seorang sahabat yang benar-benar layak digelar seorang sahabat…kerna, saya hanyalah manusia biasa… yang banyak kelemahan dan kekurangan tersendiri…

WANITA

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu yang melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidurdan memelihara anaknya yang sakit, makaAllah memberinya pahala sepertimemerdekakan 70 hamba dengan ikhlasuntuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? JawabRasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Thursday, May 7, 2009

5 PERKARA...

ORANG2 SOLEH DIZAMAN PARA SAHABAT R.A MENGEJAR 5 PERKARA MELALUI 5 PERKARA:-

1)KEBERKATAN REZEKI DGAN MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA.
2)DIMUDAHKAN MELALUI TITIAN SIRAT DGAN MEMPERBANYAKKN SEDEKAH JARIAH.
3)DILUASKAN SERTA DILAPANGKAN KUBUR MELALUI SOLAT TAHAJJUD.
4)DIMUDAHKAN UTK MENJAWAB SOALAN MUNKAR&NANKIR MELALUI AMALAN MEMBACA AL-
QURAN.
5)DILINDUNGI D BAWAH ARASH ALLAH S.W.T DIMAHSYAR MELALUI BYK MEMPERINGATI ALLAH
S.W.T DIKALA SUNYI(SENDIRIAN).

SAHABATKU JADIKANLAH PERKARA INI SEBAGAI PANDUAN SERTA PERINGATAN KITE BERSAMA,AGAR KITA DAPAT MERASAI NIKMAT KEMANISAN IMAN BERSAMA INSYA ALLAH..>>>

SOALAN IMAM GHAZALI


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT: beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Sunday, April 26, 2009

KENALI SESEORANG MELALUI ....

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

WANITA? TULANG RUSUK?

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan). Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah. Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’. Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan. Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam. Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.” Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Wednesday, April 22, 2009

MAAFKAN AKU...

Teman,
sebuah salam ku smpaikn pda mu,
kala memori lalu menyebabkn diri mu tetap bertahta di hati ku,
sebuah ukhuwah yg terbina itu ketentuan Allah,
sebuah perkenalan juga dari ketentuaNya,
lidah ku ini kadangkala berbisa buatmu sakit,
kadang2 mulut terlepas kata buat dirimu terasa,
tapi teman aku bukan niat menyiksa hatimu,
dirimu terlalu istimewa buatku,
ku tahu kata2 ku juga sikap ku buat dirimu terasa,
aku ini manusia,aku ni punya dosa,
aku juga bukannya sempurna,
aku mengerti posisi aku sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan,
berilah masa juga keadaan untuk aku membina diri,
untuk aku membaiki kesilapan,
aku lebih rela dibencimu dari mendapat pujian dari mu,
semoga perkenalan juga ukhuwah ini berterusan,
tetapi seandainya ia putus ditengah jalan..
akukan berpegang dengan kata2 Allah dalam surah al Baqarah..
walau apapun yang akan terjadi akan ku angkat 2 tangan ini
untuk mendoakan segala yg terbaik dari Allah buatmu..
moga dirimu teman kan mendapat mutiara yg indah..
yang membahagiakanmu hingga ke akhirnya..
maafkan diriku sendainya melukaimu..

Wednesday, April 15, 2009

TEMANKU

RASULULLAH S.A.W PERNAH BERTANYA KEPADA IBLIS LAKNATULLAH "HAI IBLIS SIAPAKAH DARI KALANGAN UMATKU YG SERUPA DGAN PERIBADI ENGKAU?" IBLIS MENJAWAB"ORANG SAMA PERIBADINYA DGANKU IALAH ORANG YG SUKA MEMANDANG RINGAN TIAP SYARIAT YG DISAMPAIKAN OLEH MU&MEMBENCI KPD ORANG YG MEMPELAJARI SYARIAT AGAMA ISLAM SERTA MEMBENCI ORANG YG MENASIHATI KEARAH SYARIATMU,INI LAH DIANTARA SIFATNYA>>"
HAYATILAH&AMATILAH DIALOG NABI S.A.W DGN IBLIS LAKNATULLAH INI AGAR KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALNGAN UMAT NABI YG MEMPUNYAI SIFAT PERIBADI SEPERTI IBLIS LAKNATULLAH>>>>>NAUZUBILLAHU MIN ZALIK!!!!

PESANAN SAIDINA ALI R.A.

SAIDINA ALI R.A. PERNAH BERPESAN;"WAHAI MANUSIA,JAGALAH WASIATKU INI.JIKA KAMU MEMEGANGNYA ERAT2 DENGAN SEGALA KESIAPAN SEHINGGA KAMU DAPAT MELAKSANAKANNYA,KAMU TIDAK AKAN DAPAT KEUNTUNGAN YG LEBIH BESAR DARINYA.....
WASIAT ITU ADALAH:-


1)HENDAKLAH KAMU TIDAK BERHARAP KECUALI KEPADA ALLAH S.W.T
2)HENDAKLAH KAMU TIDAK TAKUT(MELAKUKAN SESUATU)KECUALI KEPADA DOSA-DOSA.
3)HENDAKLAH KAMU TIDAK MALU UNTUK BELAJAR,JIKA TIDAK MENGETAHUI AKAN SESUATU.
4)HENDAKLAH ORG YANG ADE ILMU(ALIM)BERKATA"AKU TIDAK TAHU"APABILA IA TIDAK TAHU
(BUKAN BERPURA2 TAHU)

RENUNGKANLAH BERSAMA>>>>

RENUNGAN BERSAMA

RENUNGKANLAH >>>>

ORANG2 SOLEH DIZAMAN PARA SAHABAT R.A MENGEJAR 5 PERKARA MELALUI 5 PERKARA:-

1)KEBERKATAN REZEKI DGAN MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA.

2)DIMUDAHKAN MELALUI TITIAN SIRAT DGAN MEMPERBANYAKKN SEDEKAH JARIAH.

3)DILUASKAN SERTA DILAPANGKAN KUBUR MELALUI SOLAT TAHAJJUD.

4)DIMUDAHKAN UTK MENJAWAB SOALAN MUNKAR&NANKIR MELALUI AMALAN MEMBACA AL-QURAN.

5)DILINDUNGI D BAWAH ARASH ALLAH S.W.T DIMAHSYAR MELALUI BYK MEMPERINGATI ALLAH S.W.T DIKALA SUNYI(SENDIRIAN).

SAHABATKU JADIKANLAH PERKARA INI SEBAGAI PANDUAN SERTA PERINGATAN KITE BERSAMA,AGAR KITA DAPAT MERASAI NIKMAT KEMANISAN IMAN BERSAMA INSYA ALLAH
..>>>

PADAMU YA ALLAH


Tempat kami memohon
Ampunan Mu dari segala dosa
Yang pernah kami berbuat
Dan hanya padaMU Allah
Tempat kami berlindung
Dari sisa api nerakaMu
Sungguh kami takkan mampu
Godaan selalu datang silih berganti
Seakan membawa arah nafsu dunia
Pimpin serta kuatkanlah iman kami
Ku mohon padaMU ya Allah
Ya Allah!


'Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' (Al-Imran:89)

INGATLAH ALLAH

Ingat lah ALLAH
Rasulullsh s.a.w. bersabda.."ALLAH Taala berfirman..

Barang sesiapa disibukkan dengan mengingatiKu dari meminta kepadKu, maka Aku akan memberikannya sesuatu yang lebih utama dari apa yang pernah ku berikan kepada orang-orang yang meminta"

Ingatlah Tuhanmu didalam dirimu dengan rendah hati, takut dan janganlah menjadi orang orang yang lalai..

Ingatlah Allah

CINTA LUAR BIASA

Cinta luar biasa
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..Cinta luar biasa..


Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan.


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan.
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan.


Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..


Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..


Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

KEBAHAGIAAN


Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang,
tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan,
ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air,
udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya

RINDU


Sesungguhnya jika rindu itu dirasai,
rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…
moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaNya…

MUHASABAH CINTA

Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukkuA
mpuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

YA ALLAH

Ya Allah...
Aku minta izin Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuat aku lalai akan adanya Engkau

Ya Allah... .
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Ya Allah...
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi- Mu

Ya Allah...
Bila seSuatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami Jodohkanlah kami
Satukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah

Ya Allah... .
Pintaku yang terakhir adalah seandainye aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu

KETENTUAN

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesatTidak guna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tuesday, April 14, 2009

C.I.N.T.A

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya. Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahwa kamu peduli dengan dia........Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya menghargai segala hal yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yg terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba... Mereka hanya bisa menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta mulai dengan senyuman,dan berakhir dengan air mata...mungkin seperti itu... Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang disekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis...

Monday, April 13, 2009

OH TUHANKU

Tiada indah di malam yg ini Melainkan dengan bermunajat kepadamu... Tiada indah suatu hari yg Aku lalui kecuali dengan patuh kepadamu... Oh Tuhanku... Tiada indah hidup di dunia Melainkan berzikir dan menyebut namamu... Tiada indah tiba di akhirat yang abadi Kecuali dengan keampunan mu Ya Allah Tuhanku Yg merubahkanku, Tetapkanlah hatiku Moga sentiasa dalam Agamamu Jua taat akan perintahmu... Tuhan Usah bebankan kami Dengan bebanan yang berat Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami... Tuhan Jangan Pikulkan Kami Yang tidak kami terdaya... Maafkan salah kesilapan Ampunkanlah Dosa-Dosa kami dan Rahmatilah Kami... Amin.......

RIMBUN KEAMPUNAN

Ya Allah dengan RahmatMu Ya Rahiim ampuni kami
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalanan Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda Ku minta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukanMu oh Tuhan Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk di jiwaKu cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan Ya Allah dengan RahmatMu dengan Kasih SayangMu ampuni kamiKu minta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Kepayahanku rasakan mengajar erti kesabaran Menyedarkanku insan lemah memerlukanMu oh Tuhan Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk di jiwaKu cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

SALAM BLUES

Salam blues penuh kasih sayang untuk semua. Kasih sayang dan cinta ada di mana-mana. Sejak dahulu, kini dan selamanya.. kasih sayang tetap ada. Kita, makhluk bernama manusia ini memang diciptakan, memang dilahirkan atas dasar cinta. Kita membesar dengan belaian penuh kasih sayang orang-orang tercinta. Bila telah dewasa kita belajar tentang kasih sayang dan cinta juga. Tentang betapa besar, betapa luasnya pengertian kasih sayang dan cinta itu. Kita mungkin tak mampu untuk menafsir keseluruhan erti kasih sayang dan cinta itu sampai bila-bila pun, kerana ia terlalu besar maknanya. Ada waktu-waktunya, kasih sayang dan cinta itu memang sukar untuk dimengerti. Kasih sayang dan cinta itu ada dalam diri setiap daripada kita, namun kadang kala kita biarkan saja ia begitu. Kadang kala kita langsung tak menghargainya. Ada waktu pula kita bingung kerananya. Malah, tak kurang ada yang menganggap kasih sayang dan cinta itu tak berharga. Di atas kasih sayang dan cinta lahirlah bahagia. Ada yang mengatakan kerana kasih sayang dan cinta jugalah yang melahirkan derita. Bagaimanapun sebenarnya kasih sayang dan cinta itu adalah suci. Jika ada diantara kita merasakan ia membawa derita, fikirlah kembali, fikirlah berkali-kali……renungkan jauh ke dasar hati, muhasabahlah diri. Apa-apapun keburukan dan kekurangan itu adalah sesuatu yang menjadi milik kita sebagai makhluk tidak perfect! Bahagia itu satu anugerah, namun juga merupakan satu dugaan. Seperti derita, ia juga ‘diberikan’ kepada kita kerana sebab-sebab tertentu. Mahu beri kita petunjuk agar lebih insaf. Mahu kita berfikir bahawa kehidupan didunia ini bukan semata-mata untuk kecap bahagia sepanjang masa secara percuma. Mahu kita buka mata dan minda bahawa siapalah kita ini tanpa kasih sayang dan cinta Pencipta yang Maha Agung itu. Pernakah di antara kita berfikir betapa ‘cacatnya’ sebuah kehidupan tanpa cinta. Pernakah terbayang di mata kita bagaimana kosong, sunyi dan kontangnya jiwa tanpa cinta. Belajarlah tentang kasih sayang dan cinta. Carilah apa yang tersurat di sebaliknya, kerana disitulah terbentang sebuah kehidupan. Kita sering bicara tentang kasih sayang dan cinta, tapi tak pernah ada huraian apa itu kasih sayang dan cinta. Kita sebenarnya mencari kasih sayang dan cinta yang bagaimana di sepanjang perjalanan kehidupan singkat di alam fana ini??? Sebenarnya, kita tak tahu apa-apa!!!! Terlalu sedikit yang kita tahu tentang kasih sayang dan cinta. Apapun, kasihilah diri sendiri, sayangilah diri sendiri dan cintailah diri sendiri…..kemudian, belajarlah mengasihi orang lain, belajarlah menyayangi orang lain dan menyintai orang lain. Kerana kasih sayang dan cinta tak ada maknanya jika kita tak menghidupkannya dalam diri kita lalu menebarkannya untuk orang lain juga. Tak ada sesiapa yang sempurna, makanya kita perlukan orang lain dalam hidup kita. Mengapa??? Kerana untuk melengkapkan salah satu kekurangan dalam diri kita, kita perlukan orang lain. Dalam masa yang sama kekurangan orang lain juga akan lengkap dengan kehadiran kita disisinya. Dengan kasih sayang dan cinta itu, sentiasalah berusaha untuk mencari sesuatu yang paling baik untuk diri sendiri, agar kita menjadi yang terbaik… Sampai jumpa lagi, salam penuh kasih sayang,.. WASSALAM……..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...