Friday, May 29, 2009

7 PERKARA YANG HAIRAN OLEH SAIDINA USMAN



1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya
p/s: sama2 la kita renungkan

Sunday, May 24, 2009

DOA MENGIKUT ADAB LEBIH MUSTAJAB

Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadith. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung antara hamba dan Khalik (Pencipta). Walaupun dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa.
Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar, sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa. Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya : “Minta doalah daripadaKu, Aku menerima doamu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60).
Doa bukan hanya ibadat. Malah otak ibadah sebagaimana yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari). Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak) Orang yang tidak ada otak adalah orang yang berkata-kata tanpa berfikir.
Dalam pada itu, doa dipandang sebagai otak ibadah kerana ia adalah simbol perhambaan kepada Allah. Nabi Muhammad saw walaupun dikelaskan sebagai manusia pilihan tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Baginda berdoa agar diri dan seluruh umatnya sentiasa mendapat taufik (petunjuk) dan hidayah daripada Allah.
Ketika berdoa, setiap muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab. Dalam perkara ini, hari yang baik hendaklah dipilih ketika berdoa seperti hari Arafah, Jumaat, sepanjang Ramadhan, sahur dan tengah malam, Selain hari, waktu berdoa diambil kira ketika berdoa. Diantara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardhu, ketika dalam musafir (iaitu perjalanan yang menuju kepada kebaikan) dan diantara dua khutbah.
Umat Islam juga digesa supaya menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tapak tangan sehingga nampak ketiak (untuk lelaki) ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang itu menyapu dua tangan ke muka. Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa, ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, insaf, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
Meskipun keadaan dan waktu berdoa sudah dipatuhi, masih ada soa yang tidak dimakbulkan Allah. Ia berlaku apabila seseorang berdoa, tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat kepada Allah. Pengajaran daripada kisah Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi yang cukup untuk menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Ketika berada ditengah pasar Basrah, beliau disapa sekumpulan pemuda. Mereka bertanya kepada Ibrahim, mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah, pada hal selalu berdoa. Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta (mati) berpunca daripada 10 perkara. Iaitu :
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu
lupakan keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


Sehubungan dengan itu, umat islam perlulah sentiasa berdoa kepada Allah dengan mematuhi segala syarat ketika berdoa
p/s: sama2 la kita jadikannya ia sebagai amalan =)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"



p/s: Subhanallah. ..

TATATERTIB SEBELUM TIDUR

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak

2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.

4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.

6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.

7. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan.Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati,manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.

10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaiHiinnusyuur.Wallahualam

[Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali]

p/s: thanks to ...... =)


Friday, May 22, 2009

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA,,,

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu. .Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...